Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah

Subhanallah, terima kasih diucapkan kepada MAPIM Malaysia bersama rakan sinergi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Yayasan Waqaf Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta penaja utama ZUS Coffee kerana menggerakkan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah.
InsyaAllah jelajah ini digerakkan dengan lebih 20 aset bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan bantuan 4×4, peralatan logistik seperti bot, mobile clinic, mobile kitchen, alatan membersih rumah dan sukarelawan terlatih.
Program ini selari dengan penganjuran Bulan Siaga Bencana sebagai persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir kilat, ribut, tanah runtuh dan pelbagai lagi sepanjang musim monsun yang akan tiba. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Selamat Datang, Welcome