Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah turun berziarah kepada Puan Rawiyah binti Tuhirin yang mengalami musibah ribut di Muar, Johor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Saya amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Puan Rawiyah dan keluarga.
Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah menyampaikan bantuan melibatkan kos sebanyak RM39,995.00.
Inilah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut bersama-sama membantu agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Semoga dipermudahkan segala urusan Puan Rawiyah seisi keluarga.