Baru-baru ini saya telah menerima kunjungan daripada Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan. Delegasi diketuai oleh Puan Che Hartini bin Che Omat selaku Pengerusi bersama jawatakuasa tertinggi. Perbincangan tertumpu kepada kaedah untuk memperkasa institusi guaman syarie agar lebih memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selain menjadi institusi yang turut memperkukuh sistem kehakiman syariah. Semoga pertemuan menatijahkan kebaikan dan manfaat kepada agama dan negara.