Lawatan ke Institut Kemahiran Baitulmal dan Kolej Profesional Baitulmal
Petang semalam saya meninjau Institut Kemahiran Baitulmal dan Kolej Profesional Baitulmal yang terletak di Kuala Lumpur. Tinjauan ini dilakukan bagi melihat infrastuktur dan juga kemudahan yang disediakan buat pelajar. Keselesaan pelajar amat penting buat saya kerana pelajar memerlukan persekitaran kondusif ketika menimba ilmu agar fokus dapat diberikan. Moga IKB & KPBKL terus cemerlang dalam melahirkan […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (MTHQA) KE-64 TAHUN 1446H/2024M
1.Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 Tahun 1446H/2024M bermula pada 5 hingga 12 Oktober 2024 (Sabtu – Sabtu) selama 8 hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). 2.Majlis Perasmian dan Pembukaan MTHQA Ke-64 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri […]
Pra Pelancaran Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Petang tadi saya berkesempatan ke Pra Pelancaran Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-64 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Ini merupakan komitmen kerajaan Malaysia Madani dalam menghidupkan biah Al-Quran dikalangan rakyat Malaysia. Tahniah Jakim dan semua rakan strategik yang menganjurkan acara tahunan ini. Moga apa yang kita laksanakan dinilai sebagai ibadah di sisi […]
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Tahun 2024M/1446H
Tahniah diucapkan kepada MAIWP kerana menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Tahun 2024M/1446H. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan golongan huffaz khususnya di Wilayah Persekutuan. Bertepatan dengan hasrat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang amat komited mahu memartabat pembangunan syiar Islam di Malaysia termasuklah pendidikan […]
Pertemuan bersama Takaful Ikhlas
Pagi ini jadual saya dimulakan dengan pertemuan bersama Takaful Ikhlas yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Johar Che Mat, YBhg. Dato’ Rodzila @ Rudy Bin Che Lamin dan Encik Muhammad Fikri Bin Mohd Rawi. Pelbagai isu dibincangkan terutamanya pengurusan kewangan berlandaskan syarak. Terima kasih diucapkan kepada Takaful Ikhlas kerana sudi hadir bertemu saya.
Majlis Penyampaian watikah ahli pimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY)
Pagi ini bersama dengan pengurusan tertinggi Yadim meraikan 24 ahli pimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY) dengan menyampaikan watikah lantikan untuk sesi 2024-2025. Saya melihat RSY ini sangat penting kerana mereka merupakan entiti yang mendokong hasrat dan dasar kerajaan Malaysia Madani dan memastikan penerangan dari aspek dakwah dan kepimpinan dapat dihayati oleh semua mahasiswa ipta & […]
Tahniah YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar di atas lantikan sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Tahniah YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar di atas lantikan sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa mulai 23 September 2024. Moga dengan amanah yang baru ini dapat membawa UIAM ke arah kecemerlangan akademik dan juga sahsiah di kalangan mahasiswa.
Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024)
Pagi tadi mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir ke Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024). Dalam ucaptamanya, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa walaupun berlainan agensi, namun dalam konteks halal kita perlu ada kebersamaan dalam membawa jenama Halal Malaysia ke dunia. Kerana itulah saya selalu berpesan […]
Majlis Penutup Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024
Saya menyampaikan ucapan penutupan Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi. Bengkel Transformasi ini dianjurkan mencerminkan usaha gigih dan komitmen Malaysia dengan kolaborasi semua agensi terlibat untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dipersijilkan halal mematuhi prinsip syariah yang merupakan tunjang utama dalam pengesahan halal dan dilengkapkan dengan […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ISU GISB HOLDINGS
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh YBhg. Tan Sri Razaruddin Husain, Ketua Polis Negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan pemimpin dan ahli-ahli GISB Holdings serta mendakwa mereka ke muka pengadilan berpandukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa. 2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan kerjasama penuh bagi […]