Kunjungan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly bersama rombongan

Alhamdulillah menerima kunjungan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly bersama rombongan ke pejabat saya di Putrajaya. Pelbagai isu mengenai pengurusan hal ehwal Islam dibincangkan. Saya mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly dalam menggalas tugas sebagai Imam Masjidil Haram.

Khutbah Jumaat Khas oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly

Alhamdulillah selepas mendengar pembentangan Dr. Rania Awaad saya terus menyambut kehadiran Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Putra, Putrajaya. Kehadiran Sheikh untuk menyampaikan khutbah Jumaat serta mengimamkan solat jumaat. Sheikh Dr. Maher menyatakan dalam khutbahnya bahawa Al-Quran itu adalah cahaya, Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan. Moga kita sentiasa melazimi Al-Quran dalam melahirkan […]

Program Heal The Soul

Saya sangat terharu bahawa penceramah jemputan hari ini, Dr. Rania Awaad, Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Stanford Health Care, California, Amerika Syarikat, telah dibawa khas dari jauh. Beliau adalah pakar dalam bidang psikiatri dan spiritualiti. Selamat datang kepada Dr. Rania, dan ucapan terima kasih yang mendalam kerana sudi menerima jemputan ke Malaysia, […]

Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah

Subhanallah, terima kasih diucapkan kepada MAPIM Malaysia bersama rakan sinergi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Yayasan Waqaf Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta penaja utama ZUS Coffee kerana menggerakkan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah. InsyaAllah jelajah ini digerakkan dengan lebih 20 aset bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan bantuan 4×4, peralatan […]

Malam Kemanusiaan sempena Karnival Mahasiswa Islam Madani di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Malam ini saya menghadiri program Malam Kemanusiaan sempena Karnival Mahasiswa Islam Madani di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program malam ini adalah usaha untuk menyuntik kesedaran serta solidariti terhadap isu kemanusiaan Palestin, Syria dan negara-negara lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat konsisten dalam isu kemanusiaan, terutama […]

Majlis Perasmian World Quran Symposium

Mengiringi YAB Dato’ Sri Fadillah Yusuf ke Majlis Perasmian World Quran Symposium yang diadakan sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Bertemakan “Ummatic Transformation Through The Miracles of The Quran” tujuannya untuk memupuk masyarakat untuk cintakan Al-Quran dalam membangun Malaysia Madani. Seperti kita cintakan ibu bapa, pasangan atau anak-anak, begitulah kita sepatutnya mencintai […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL MELIBATKAN SEORANG PENDAKWAH DAN SEKUMPULAN PARA PELAJAR DALAM SEBUAH MAJLIS YANG MENGALUNKAN BAIT TERTENTU DALAM BAHASA ARAB

1. ​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merujuk kepada sebuah video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan para pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab. 2.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyediakan laporan serta membawa perkara ini […]

Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa

Menjunjung kasih KDYMM Tuanku. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih dan merafak sembah atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa kali ini. KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua […]

Majlis penyampaian watikah pelantikan ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM

Umar Al-Faruq mengatakan “Sesungguhnya seorang yang amanah (terpercaya) pada suatu kaum, tidak ada sesuatu pun yang senilai dengannya.” Saya berkesempatan menyampaikan watikah pelantikan serta amanat kepada ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM (Official). Tahniah dan syabas saya ucapkan, moga amanah ini dijalankan dengan sebaik mungkin dalam memacu YAPEIM menjadi agensi yang terkehadapan memperkasakan ekonomi Islam di […]

Taklimat tentang laporan pelaksanaan Kursus Kehakiman di Universiti Islam Imam Muhammad Ibnu Saud, Riyadh, Arab Saudi

Saya mengadakan pertemuan dengan YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Saya mendengar taklimat tentang laporan pelaksanaan Kursus Kehakiman di Universiti Islam Imam Muhammad Ibnu Saud, Riyadh, Arab Saudi yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024. Tahniah dan syabas […]