RUU MUFTI: PENGARUH ATAU MASLAHAT?

Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan Hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia.
RUU ini memperuntukkan 9 Bahagian iaitu Bahagian permulaan, Mufti dan Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai.
Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara Majlis Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas. Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Hukum Syarak di bawah bidang kuasa Mufti akan ditadbir oleh Akta berasingan.
Ini adalah komitmen Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengangkat martabat institusi kefatwaan dalam aspek perundangan.
Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome