Al-Quran memberikan amaran tentang kesan buruk apabila kita saling bertelingkah dan berbantah-bantah. Kerana itulah Seminar Adabul Ikhtilaf Peringkat Negeri Perak 2024 diadakan.
Moga segala ilmu yang dicurahkan hari ini dimanfaatkan sepenuhnya agar kita memahami etika dalam berbahas atau berbalah.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur Pertubuhan Duat Al-Falah Negeri Perak bersama Jabatan Agama Islam Negeri Perak, JAKIM, Politeknik Ungku Omar dan semua rakan strategik iaitu YADIM, ABIM Negeri Perak, Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak serta rakan-rakan penaja kerana berjaya menganjurkan seminar ini.