Saya mendengar taklimat daripada YBhg Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bersama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YBhg Prof Datuk Dr Saadiah Mohamad dan pengurusan kanan berkaitan penganjuran Forum Serantau YAPEIM.
Forum Serantau YAPEIM julung kalinya akan dianjurkan pada 1 dan 2 Oktober ini mengetengahkan tema Memperkasa Ekonomi Madani Melalui Sinergi Rangkaian Serantau.
Semoga usaha ini menjadi wadah pembangunan dan pengukuhan ekonomi Islam.