Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, saya bersama Pengerusi Tabung Haji dan para jemaah telah berlepas pada jam 12.45 tengah malam semalam dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Syukur semua telah selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi.
Saya akan berada di Arab Saudi untuk tugasan rasmi Musim Haji 1445 Hijri. Mewakili Kerajaan Malaysia dalam Simposium Haji Kali ke-48 2024 anjuran Kerajaan Arab Saudi pada 10 Jun ini.
Dalam pada masa sama, saya juga akan memastikan pengurusan Tabung Haji akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji khususnya dalam aspek kebajikan bagi musim haji tahun ini.
Mohon doa kalian semua agar semua jemaah haji diberikan kesihatan berpanjangan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.