Saya bersama pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meraikan Majlis Akad Nikah Rahmah 2024.
Majlis ini dianjurkan bersempena Sambutan Jubli Emas ke 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Firman Allah dalam Surah Al-Rum ayat 41:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) adalah Dia menciptakan buat kamu isteri-isteri yang berasal dari diri kamu sendiri, supaya kamu berasa tenang kepada mereka. Dan dia menjadikan di antara kamu perasaan mawadah (kasih sayang) dan juga rahmah (belas kasihan). Sesungguhnya pada yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kebesaran) bagi kaum yang sentiasa berfikir.
Penganjuran program ini juga sebagai tanda prihatin JAWI dengan mensasarkan pasangan pengantin dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada rakan strategik JAWI yang banyak menyumbang dan turut sama menyantuni masyarakat. Kerjasama murni ini bagi merealisasikan peranan dan tanggungjawab dalam membina keluarga yang diberkati dalam kalangan masyarakat.
Kepada pasangan yang diraikan saya berpesan supaya jagalah keharmonian rumahtangga dan kepada para suami jagalah isteri dengan sebaik-baiknya dan ia merupakan amanah dan tanggungjawab yang paling besar.
Sekiranya ada perselisihan serta kekhilafan, selesaikan ia dengan cara perbincangan dan musyawarah. Masing-masing perlu bertolak ansur serta bertimbang rasa.
Selamat Pengantin Baharu saya ucapkan kepada semua pasangan mempelai yang diraikan.
Tahniah JAWI dan semua rakan strategik.