Semalam, saya merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan bagi Musim Haji 1445H/2024.
Penubuhan Tabung Haji adalah untuk membantu merealisasikan cita-cita umat Islam untuk menunaikan ibadah haji disamping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi umat Islam.
Tabung Haji berusaha dengan komited untuk memastikan pengurusan benar-benar efisien, berintegriti serta memenuhi prinsip Maqasid Syariah.
Ini termasuklah penganjuran program Kursus Perdana Haji untuk memastikan seluruh bakal jemaah Haji Malaysia menguasai ilmu berkaitan ibadat haji dengan mantap.
Ini amat penting agar ibadat haji yang kita lakukan atas asas ilmu dan kefahaman yang mantap.
Tahniah saya ucapkan kepada semua jemaah yang telah terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.
Semoga tuan-tuan dan puan-puan para bakal haji mendapat manfaat dan diberikan kefahaman ilmu ibadat haji yang lengkap melalui kursus-kursus haji tersebut.