SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 6/2023 DAN PELUNCURAN MANUAL KEUSAHAWANAN DAKWAH YADIM

Tiga rukun utama dalam aktiviti kesukarelawanan adalah :-

1. Kerja sukarela – merujuk kepada tindakan, kegiatan , khidmat atau aktiviti yang dilakukan secara sukarela.

2. Sukarelawan – merupakan manusia individu atau kumpulan yg terlibat atau melakukan kerja secara sukarela (tanpa paksaan).

3. Sektor Sukarela : Hal-hal berkaitan pemuafakatan atau organisasi sukarela melibatkan kumpulan, kelompok, rangkaian, jaringan, pertubuhan, pergerakan dan sebagainya yang terlibat dalan kerja atau tindakan sukarela.

Daripada gabungan 3 elemen utama tersebut terbentuknya definisi kesukarelawanan.

Inilah antara intipati yang terkandung dalam buku Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat yang diluncurkan semalam.

Dengan terhasilnya manual tersebut, diharapkan dapat memberi panduan kepada aktivis masyarakat khususnya dan umumnya kepada masyarakat keseluruhan mengenai asas-asas pembentukan aktiviti kesukarelawanan, mengetahui hak-hak sukarela & penganjur serta panduan ke atas aktiviti yang dianjurkan.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) dan Peluncuran buku “Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat serta Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Selangor.

Moga kerja buat dan usaha ini mampu memberi manfaat berterusan dan pahala jariah sebagai bekalan ke sana nanti.

Siru ‘ala barakatillah

#Malaysiamadani#pelanalfalah#menteriagama#kerajaanperpaduan

Selamat Datang, Welcome