Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama (HEA), Jabatan Perdana Menteri bertujuan menjayakan agenda pembaharuan dan pembangunan ummah sejajar aspirasi “Membangun Malaysia Madani” oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Al-Falah digubal bersandarkan falsafah dan semangat “Bersama Mencapai Kejayaan” yang menjadi moto harian fardhu solat oleh umat islam.
Al-Falah mengandungi inisiatif-inisiatif yang terdiri dari 5 Teras, 10 Fokus dan 5 Nilai penghayatan bersama.
Al-Falah diharapkan menjadi satu landasan halatuju dan gerak kerja kepada warga agensi Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Menggariskan teras-teras strategik untuk dicapai oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2023 hingga 2027
Membentuk kesatuan fikrah, gerak kerja dan nilai-nilai bersama seluruh kepimpinan agensi dan warga kerja Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menjayakan pelan transformasi yang disepakati bersama.
Memandu penglibatan dan sokongan umat islam di segenap peringkat dalam menjayakan visi kesejahteraan Malaysia Madani
Pentadbiran Islam Mampan
Kesejahteraan Insan
Kemuliaan Syariah
Kepimpinan Berdaya Cipta
Kehormatan Institusi Islam
Fokus 1: Pengislahan Dasar & Tadbir Urus Institusi Islam
Fokus 2: Pemantapan Penyelidikan dan Persuratan Islam
Fokus 3: Kemampanan Ekonomi dan Kebajikan Sosial Islam
Fokus 4: Pengukuhan Perpaduan Ummah dan Kehormatan Tamadun
Fokus 5: Memartabatkan PErundangan & Kehakiman Islam.
Fokus 6: Penghayatan Nilai Masyarakat Madani
Fokus 7: Pengukuhan Kepimpinan Generasi Muda dan Komuniti.
Fokus 8: Pemerkasaan Media dan Keseniaan Islam
Fokus 9: Kesungguhan Pendidikan Islam dan Dakwah Berhikmah.
Fokus 10: Pemodenan Prasarana Institusi Islam
ILMU
INTEGRITI
ITQAN
ISTIQAMAH
IKHLAS