MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN LAWATAN RASMI SHEIKH AL-AZHAR, AL-IMAM AKBAR SHEIKH PROF. DR. AHMED MOHAMMED AL-TAYYIB, KE MALAYSIA PADA 2 HINGGA 5 JULAI 2024

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
BERKENAAN
LAWATAN RASMI SHEIKH AL-AZHAR, AL-IMAM AKBAR SHEIKH PROF. DR. AHMED MOHAMMED AL-TAYYIB, KE MALAYSIA PADA 2 HINGGA 5 JULAI 2024
1.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2024.
2.​Lawatan rasmi ini sudah tentu akan memberi makna besar kepada usaha-usaha pengukuhan perpaduan umat Islam selain memperkukuh keakraban hubungan antara Malaysia dan Mesir. Pada masa sama, kehadiran Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib nanti akan memantapkan usaha-usaha pembangunan Islam di Malaysia khususnya pendidikan Islam dan tahfiz.
3.​Sepanjang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar tersebut, selain pertemuan bersama YAB Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyusun program-program melibatkan Sheikh Al-Azhar antaranya seperti berikut:
i. Lawatan serta Bicara Eksekutif MADANI di Darul Quran, JAKIM
ii. Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
iii. Sesi Pertemuan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
4. ​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin bahawa lawatan rasmi ini akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara. Semoga segala perancangan yang disusun ini akan berjalan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
30 Jun 2024

Selamat Datang, Welcome