Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Encik Rozaid Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri telah memberikan sumbangan yang cukup besar kepada agama, negara dan ummah.
Ini termasuklah Almarhum dahulu banyak membantu agensi-agensi hal ehwal Islam. Semoga segala baktinya dicatat sebagai amal soleh.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar Almarhum diampuni serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala.
Semoga Almarhum ditempatkan bersama sekalian hambaNya yang soleh.