Ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Almarhum telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan institusi perbankan Islam di Malaysia. Semoga segala jasa bakti Almarhum dicatat sebagai amal soleh.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum serta ditempatkan bersama sekalian hamba-hambaNya yang soleh.

Selamat Datang, Welcome