Dengan penuh rasa dukacita, kita menerima berita akan pemergian ke rahmatullah, Almarhum Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, mantan Mufti Negeri Sembilan.
Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum.
Sesungguhnya Almarhum telah menyumbangkan jasa dan bakti kepada pengurusan fatwa dan pembangunan Islam di negara kita. Semoga segala baktinya dicatat sebagai amal soleh.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar Almarhum diampuni serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala.
Alfatihah.