Ucapan takziah Almarhum Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar penulis khat untuk Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar atas pemergian Almarhum Ustaz Mohammed Yusof ke rahmatullah.
Almarhum sebelum ini penulis khat utama untuk ruang solat Masjid Negara di era pembinaannya. Almarhum juga penulis khat untuk Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Sumbangan Almarhum dalam bidang khat di negara ini amatlah besar sekali.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar Almarhum diampuni serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala dan ditempatkan bersama sekalian hamba-Nya yang soleh. Semoga semua amalnya dicatat sebagai amal soleh.

Selamat Datang, Welcome