Saya mewakili seluruh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas pengurniaan watikah pelantikan sebagai Profesor Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan satu nama besar di Malaysia kerana mengasaskan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC).
Moga Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas sentiasa diberikan keafiatan dalam menyumbang ilmu kepada masyarakat dalam membangunkan Malaysia Madani.