Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026.
Saya percaya pelantikan ini akan membawa kebaikan dan manfaat kepada USIM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi berteraskan ilmu-ilmu Islam.
YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh juga mempunyai peranan besar serta hubungan strategik bersama agensi-agensi hal ehwal Islam.
Semoga segala urusan YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh akan dipermudahkan jua oleh Allah Subhanahu Wataala.