Ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara

Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara atas pengurniaan Panglima Mangku Negara sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengurniaan tersebut adalah pengiktirafan atas segala sumbangan jasa bakti YBhg. Tan Sri kepada agama, negara dan ummah.
Semoga YBhg. Tan Sri terus cemerlang memimpin perkhidmatan awam demi maslahah rakyat dan menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani.

Selamat Datang, Welcome