Ucapan salam takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Muhammad Ikram bin Imran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Muhammad Ikram bin Imran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum seorang pegawai JAKIM yang sedang berkhidmat di Hospital Sarikei, Sarawak. Amat komited dan berdedikasi dengan tugasan yang diamanahkan.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum. Ditempatkan bersama sekalian hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah.

Selamat Datang, Welcome