Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas segala jasa dan bakti YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki bin Ali sepanjang menggalas amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri amat berjasa besar kepada pentadbiran hal ehwal Islam dan segala nasihat jua bimbingan yang diberikan amat bermakna ke arah memacu transformasi pengurusan Islam.
Saya mendoakan YBhg Tan Sri Dato’ Seri terus diberikan kesihatan dan keafiatan berpanjangan untuk menikmati fasa persaraan daripada Perkhidmatan Awam.
Semoga segalanya akan dicatat sebagai amalan soleh di sisi Allah Subhanahu Wataala.