Hari Pahlawan merupakan penghormatan kepada anggota tentera dan polis yang banyak berkorban bagi kesejahteraan dan kemakmuran negara kita Malaysia tercinta.
Saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan seluruh warga agensi ingin merakamkan sepenuh penghargaan kepada para wira dan pasukan keselamatan dalam memperjuangkan maruah, agama, bangsa dan negara serta kedaulatan tanah air.
Terima kasih para perajurit dan pejuang negara di atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi, yang menjadikan negara berdaulat dan terus terpelihara. Sumbangan anda tidak ternilai kepada negara. Semoga jasa dan pengorbanan anda akan dikenang buat selamanya.
Dalam ayat 105 surah at-Taubah disebutkan:
ΩΩΩΩΩΩ Ω±ΨΉΫ‘Ω
ΩΩΩΩΨ§Ω ΩΩΨ³ΩΩΩΨ±ΩΩ Ω±ΩΩΩΩΩΩ ΨΉΩΩ
ΩΩΩΩΩΩ
Ϋ‘ ΩΩΨ±ΩΨ³ΩΩΩΩΩΩΫ₯ ΩΩΩ±ΩΫ‘Ω
ΩΨ€Ϋ‘Ω
ΩΩΩΩΩΩΫ ΩΩΨ³ΩΨͺΩΨ±ΩΨ―ΩΩΩΩΩ Ψ₯ΩΩΩΩΩ° ΨΉΩΩ°ΩΩΩ
Ω Ω±ΩΫ‘ΨΊΩΩΫ‘Ψ¨Ω ΩΩΩ±ΩΨ΄ΩΩΩΩΩ°Ψ―ΩΨ©Ω ΩΩΩΩΩΩΨ¨ΩΩΨ¦ΩΩΩΩ
Ψ¨ΩΩ
ΩΨ§ ΩΩΩΨͺΩΩ
Ϋ‘ ΨͺΩΨΉΫ‘Ω
ΩΩΩΩΩΩ
Yang bermaksud: βKatakanlah wahai Muhammad”, βBeramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Selamat Hari Pahlawan!
Ikhlas Daripada :
YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)