Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Islam mengajar kita semua untuk mentaati Allah juga mentaati Rasulullah SAW. Ini termasuk juga kepada pemerintah selagi mana ia menyeru kepada kebaikan dan kemaslahatan rakyat.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kepada negara, kita memberikan kesetiaan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang menjadi payung rakyat serta tunjang kepada perpaduan dan kemuliaan agama Islam.
Sebarang anasir dan fitnah yang boleh memporak-perandakan perpaduan negara perlulah ditolak dengan penuh ketegasan. Demi anak cucu kita yang akan mewarisi negara ini, marilah kita memperkukuh persepakatan serta kesatuan masyarakat dengan penuh semangat muhibah.