KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PENAFIAN PENGLIBATAN YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DALAM MENGAJAK MASYARAKAT UNTUK MENYERTAI MANA-MANA KUMPULAN DI MEDIA SOSIAL

1.​ Sejak kebelakangan ini, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mendapati gambar serta profil dan kedudukan YB Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
2.​ Sehubungan dengan itu, Pejabat ini menafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terlibat dalam urusan mengajak atau mempromosikan untuk menyertai mana-mana kumpulan di media sosial terutamanya di aplikasi Whatsapp, Telegram mahupun Facebook.
3.​ Pejabat ini telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
4.​ Justeru itu, Pejabat ini menasihati semua pihak agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya mendapat pelawaan tertentu menggunakan profil serta maklumat peribadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terutamanya melalui media sosial.
5.​ Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Encik Abdul Hanan bin Abdul Rahman, Setiausaha Akhbar kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di e-mel hananrahman86@gmail.com.
Sekian, terima kasih.
Dr. Muhamad Razak bin Idris
Setiausaha Politik kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
1 Julai 2024

Selamat Datang, Welcome