KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YAHYA SINWAR

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatullah Yahya Sinwar, tokoh pejuang Palestin.
2. Sesungguhnya semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia. Semoga semua amalannya dicatat sebagai amal soleh.
3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Seluruh umat Islam perlu terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
19 Oktober 2024

Selamat Datang, Welcome