1. Platform Syarahan Umum YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri telah memperkukuh hubungan strategik Malaysia bersama Universiti Al-Azhar, sebuah institusi ilmu ilmu Islam ulung dunia. Pada masa sama, ia adalah pengiktirafan besar Universiti Al-Azhar kepada ketokohan dan kepimpinan YAB Perdana Menteri.
2. Sebagai sebuah institusi ilmu Islam membawa manhaj kesederhanaan yang menjadi asas ketamadunan ummah, Universiti Al-Azhar telah memberikan sumbangan besar dalam menyatupadukan umat Islam serta membina generasi ilmuan di serata dunia.
3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar benar-benar menghayati nilai-nilai Islam serta menterjemah kepada tindakan yang terbaik demi negara dan umat seperti dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dalam Syarahan Umum tersebut.
4. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meneruskan usaha mengambil tindakan atas saranan YAB Perdana Menteri dalam Syarahan Umum tersebut agar anak-anak muda Islam diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu keagamaan termasuk ilmu al-Quran, selain turut diberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) agar berlaku integrasi ilmu.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
11 November 2024