KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SERANGAN ZIONIS ISRAEL SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN AHLI KELUARGA PEMIMPIN UMAT ISLAM PALESTIN, ISMAIL HANIYEH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum akan laporan media berkaitan serangan terbaharu Zionis Israel ke atas Palestin sehingga mengorbankan beberapa orang ahli keluarga pemimpin umat Islam Palestin Ismail Haniyeh. Seperti laporan media, beberapa orang anak dan cucu beliau telah terkorban dalam serangan tersebut.
2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa amat dukacita dan mengutuk perbuatan Zionis Israel yang sangat tidak berperikemanusiaan walaupun dalam suasana umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Zionis Israel terus tidak mempedulikan suara dunia yang mengutuk perbuatan zalim mereka.
3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh. Semoga beliau terus tabah dengan ujian besar ini. Tentunya ia sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi negara Palestin.
4. Marilah kita terus berdoa semoga rakyat Palestin terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan Zionis Israel. Sesungguhnya doa kita semua amat bermakna tanda kesatuan hati kita semua.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
11 April 2024

Selamat Datang, Welcome