KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SARANAN MELAKSANAKAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DARI TRAGEDI SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA, LUBNAN, SYRIA DAN YAMAN

1- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan agar masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.
2- Saranan ini adalah juga kepada masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
3- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam
sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel dan ianya perlu dihentikan segera. Tragedi ini telah menaikkan
kemarahan di seluruh dunia.
4- Semoga dengan usaha ini dapat menunjukkan keprihatinan dan solidariti kepada keamanan dunia.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ.
MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
1 Oktober 2024

Selamat Datang, Welcome