KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGUATKUASAAN PENYALAHGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa dukacita dengan kejadian yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam yang terletak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan label logo halal pada produk adalah satu kesalahan yang serius.
2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memberikan peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan label logo halal pada mana-mana produk yang dikeluarkan. Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
3. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.
4. Semua pihak adalah dimohon untuk sentiasa merujuk kepada JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam isu-isu berkaitan halal.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
13 Januari 2025

Selamat Datang, Welcome