KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGANJURAN MALAM CINTA RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H/2024

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat
Kebangsaan Tahun 1446H/2024. Program ini bakal diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Putra, Putrajaya.
2. Program ini telah disusun oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ewal Agama) sebagai usaha mengimarahkan program-program penghayatan serta kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
3. Program akan bermula dengan solat Maghrib dan solat Isya’ secara berjemaah. Kemudian akan disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul.
4. Program Malam Cinta Rasul kali ini akan membawakan 4 orang pentausiyah iaitu Sahibus Samahah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Mufti Selangor), Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Bin Othman (Mufti Pulau Pinang), Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Manap Bin Lakariba (Timbalan Mufti Sabah) serta Tuan Habib Ali Zainal Abidin.
5. Orang ramai dijemput hadir ke program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya bagi memeriahkan serta mengimarahkan majlis tersebut. Semoga dengan penganjuran ini dapat menyematkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
4 September 2024
All reactions:

Adam Mukhriz, Arrahman Awang and 220 others

Selamat Datang, Welcome