KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELANTIKAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

1- Kenyataan Media Ketua Setiausaha Negara bertarikh 1 Oktober 2024 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
2- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa 1 Oktober 2024.
3- YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Wal Qanun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kemudiannya ke peringkat Sarjana Sains Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Komputer dari
University of South Australia (UniSA).
4- Beliau sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM mempunyai pengalaman luas selama 32 tahun dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia termasuk di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan pernah bertugas sebagai Atase Halal di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.
5- Semoga YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee akan dapat menggalas amanah ini untuk memacu JAKIM dengan lebih cemerlang melaksanakan agenda Membangun Malaysia Madani.
6- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datin Paduka Hajjah Hakimah binti Mohd. Yusoff atas segala jasa dan sumbangan bakti kepada Kerajaan dan pengurusan hal ehwal Islam. Semoga semuanya dicatat sebagai amal soleh.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
1 Oktober 2024

Selamat Datang, Welcome