KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KUNJUNGAN ZIARAH KEPADA RAKYAT PALESTIN DI HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

1. ​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari Khamis lalu (22 Ogos 2024) telah melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
2.​ Ziarah daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diiringi oleh Lt. Jeneral Dato’ (Dr) Zulkefffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bersama Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah, Kor Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, Pegawai Memerintah, Hospital Angkatan Tentera.
3.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel.
4.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan bersama pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua wangsa.
5.​ Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
24 Ogos 2024

Selamat Datang, Welcome