VISI
Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia

MISI
Memperkukuhkan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah Kesejahteraan Ummah

OBJEKTIF
1. Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat
2. Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah
3. Menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam

FUNGSI
1. Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak
2. Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam
3. Penyelarasan Pentadbiran Islam

PERKHIDMATAN UTAMA
1. Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Selamat Datang, Welcome