VISI
Menjadi Peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia
MISI
1. Menggunakan mekanisme wakaf selari dengan Maqasid Syariah yang keberhasilannya memberi manfaat untuk ummah sejagat;
2. Menjadi pengasas (trend-setter) dalam pembangunan wakaf yang akan menjadi rujukan seluruh dunia; dan
3. Memaksimakan pembangunan hartanah wakaf sedia ada dan meminimakan hartanah wakaf yang tidak dibangunkan.
FUNGSI
1. Mengumpul Dana Wakaf – Melaksanakan program-program bagi mengisi dana Kumpulan Wang Amanah Yayasan untuk dijadikan modal ekonomi umat Islam.
2. Membangun dan Memajukan Harta Wakaf – Bekerjasama dengan pihak yang terlibat seperti MAIN, IPTA dan IPTS untuk memaju dan membangunkan harta wakaf serta membuat kajian dan penyelidikan produk baru wakaf.
3. Melaksanakan Program Kebajikan Dan Sosial – Merangka aktiviti yang berfaedah kepada umat Islam demi kebaikan hidup di dunia dan akhirat seperti biasiswa, bantuan kepada fakir miskin dan melaksanakan amanah pewakaf sebaik mungkin.
4. Menjalankan Program Pelaburan – Membuat pelaburan ke atas dana Yayasan dan Wakaf Tunai Malaysia dalam sebarang pelaburan yang dibenarkan syarak sehingga pengagihan dilaksanakan.
5. Mengadakan Program Promosi Dan Penerbitan – Mempromosi dan menganjurkan pelbagai persidangan, seminar dan sebagainya serta menerbit pelbagai risalah bagi mengembang industri wakaf.