YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)

Ikuti kami di sosial media:

VISI

Institusi unggul menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

MISI

Komited dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, efisien dan berintergriti.

FUNGSI

1. Perusahaan Sosial

i. Pelaksanaan program-program perusahaan sosial yang berdaya saing, inovatif, efisien, berkualiti dan patuh Syariah yang memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan pembiayaan mikro kredit, platform dan sokongan dalam pembangunan usahawan; dan
ii. Pelaksanaan aktiviti perusahaan yang dapat menjana keuntungan kepada institusi bagi memperkukuhkan kedudukan institusi melalui pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap dan mengamalkan amalan tadbir urus yang baik.

2. Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah

i. Membudaya dan menyediakan prasarana yang mudah dan diyakini untuk masyarakat beramal jariah; dan
ii. Penyampaian sumbangan amal jariah kepada benifisiari dengan pelbagai pendekatan yang telus dan efektif serta bermanfaat kepada ummah.

Maklumat Alamat

No. 46E-1, Mentari Business Park, Jalan PJS 8/2 Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon

0356149600

No. Faks

0356149601

Perkhidmatan

Selamat Datang, Welcome