VISI
Peneraju dalam pengurusan bertaraf dunia yang efisien profesional dan diyakini dalam aspek Akidah, Syariah dan Tasawuf menjelang tahun 2025.
MISI
Memperkasakan pemahaman dan penghayatan Islam berlandaskan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias kearah melahirkan ummah yang wasatiy secara tuntas dan progresif.
FUNGSI
1. Membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak;
2. Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak.
3. Mengeluarkan tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan;
4. Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan Akidah, Syariah dan Akhlak;
5. Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa;
6. Memberi panduan dan perkhidmatan dalam hal ehwal falak merangkumi penetapan arah kiblat, takwim, waktu solat dan cerapan; dan
7. Membangun, mengurus dan memajukan sistem penyampaian maklumat berkaitan hukum syarak secara berkesan kepada masyarakat.