MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Ikuti kami di sosial media:

VISI

Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah

MISI

Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh

FUNGSI

1. Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat

  • Menyelaras dan melaksanakan tugas dalam membuat kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
  • Melaksanakan agihan zakat kepada asnaf yang layak mengikut hukum syarak; dan
  • Menggubal kaedah-kaedah Baitulmal dalam melaksanakan agihan zakat.

2. Melaksanakan Pembangunan Modal Insan

  • Merancang dan melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk mendapatkan pendidikan;
  • Menyediakan dan melaksanakan institusi pendidikan kemahiran kepada golongan remaja selaras dengan keperluan semasa;
  • Membangun dan menyediakan kemudahan pembelajaran asas kanak-kanak melalui penubuhan tadika-tadika Islam; dan
  • Bertanggungjawab dalam membela nasib wanita yang bermasalah dan juga keluarga yang tiada tempat tinggal.

3. Melaksanakan Kegiatan Pembangunan Harta-Harta MAIWP

  • Menubuhkan syarikat-syarikat yang berfungsi sebagai melaksanakan tugas-tugas MAIWP dan juga memenuhi tuntutan fardu kifayah yang memberi keuntungan kepada MAIWP;
  • Merancang dan berusaha untuk menambahkan harta MAIWP melalui pemilikan hartanah dan pelaburan-pelaburan yang berlandaskan syariah;
  • Menyediakan garis panduan yang jelas dalam urusan penubuhan syarikat dan juga pembangunan hartanah di MAIWP; dan
  • Memajukan tanah-tanah MAIWP untuk kepentingan ummah.

Maklumat Alamat

Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur,

No. Telefon

0340479444

No. Faks

0340449444

Perkhidmatan

Selamat Datang, Welcome