VISI
Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah
MISI
Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh
FUNGSI
1. Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat
- Menyelaras dan melaksanakan tugas dalam membuat kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
- Melaksanakan agihan zakat kepada asnaf yang layak mengikut hukum syarak; dan
- Menggubal kaedah-kaedah Baitulmal dalam melaksanakan agihan zakat.
2. Melaksanakan Pembangunan Modal Insan
- Merancang dan melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk mendapatkan pendidikan;
- Menyediakan dan melaksanakan institusi pendidikan kemahiran kepada golongan remaja selaras dengan keperluan semasa;
- Membangun dan menyediakan kemudahan pembelajaran asas kanak-kanak melalui penubuhan tadika-tadika Islam; dan
- Bertanggungjawab dalam membela nasib wanita yang bermasalah dan juga keluarga yang tiada tempat tinggal.
3. Melaksanakan Kegiatan Pembangunan Harta-Harta MAIWP
- Menubuhkan syarikat-syarikat yang berfungsi sebagai melaksanakan tugas-tugas MAIWP dan juga memenuhi tuntutan fardu kifayah yang memberi keuntungan kepada MAIWP;
- Merancang dan berusaha untuk menambahkan harta MAIWP melalui pemilikan hartanah dan pelaburan-pelaburan yang berlandaskan syariah;
- Menyediakan garis panduan yang jelas dalam urusan penubuhan syarikat dan juga pembangunan hartanah di MAIWP; dan
- Memajukan tanah-tanah MAIWP untuk kepentingan ummah.