VISI
Menjadi mahkamah syariah yang berwibawa dan adil berteraskan perundangan Islam
MISI
Melaksanakan pengurusan kehakiman dan perundangan syariah bagi memberi keadilan kepada orang Islam di Wilayah Persekutuan melalui penyampaian perkhidmatan yang berintegriti, sistematik dan holistik
FUNGSI
1. Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut undang-undang dan hukum syarak;
2. Menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan undang-undang dan hukum syarak;
3. Menerima dan memutuskan kes-kes semakan;
4. Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan faraid,
5. Memberi perkhidmatan rundingan pertemuan dan perdamaian (sulh);
6. Menguruskan rekod-rekod mahkamah berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa; dan
7. Mengendalikan kes-kes penguatkuasaan perintah nafkah dan dana bantuan sokongan keluarga.