VISI
Menjadi sebuah jabatan Kerajaan terunggul dalam memacu kemajuan ummah menerusi pengukuhan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah bertaraf dunia.
MISI
Meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah melalui tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan terbaik
FUNGSI
1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/ Umrah agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pembangunan sosioekonomi ummah;
2. Merancang dan menyelaras keperluan serta keseragaman sistem perundangan bagi pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/ Umrah;
3. Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi Kerajaan serta GLC/ pihak swasta dalam pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/ Umrah;
4. Menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program-program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah; dan
5. Membantu dan memberi khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan ICT kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan.