JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

Ikuti kami di sosial media:

VISI

Peneraju Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah Dalam Sistem Kehakiman Dan Perundangan Negara

MISI

Memperkasakan Sistem Pentadbiran Kehakiman Dan Perundangan Syariah Melalui Pengukuhan Dan Penyeragaman Institusi Mahkamah Syariah

FUNGSI

1. Mengendali kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia;
2. Membina dan menyelaras prosedur kehakiman untuk diterima pakai di Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang berkaitan melalui penetapan dasar, kaedah-kaedah, arahan amalan serta peraturan-peraturan;
3. Menyelaras dan memantau penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah untuk mempertingkatkan keberkesanan Mahkamah Syariah;
4. Mengurus pembangunan kompetensi dan keperluan modal insan di JKSM, Mahkamah Syariah dan agensi- agensi berkaitan;
5. Memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan Mahkamah Syariah melalui pendigitalan dan mempertingkatkan tadbir urus ICT di JKSM dan Mahkamah Syariah;
6. Memantau dan menilai program serta aktiviti berkaitan Perundangan Syariah di Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang menerima pegawai dari skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan; dan
7. Menyedia ulasan dan khidmat nasihat berkaitan isu-isu perundangan Syariah kepada agensi Kerajaan dan triti-triti antarabangsa.

Maklumat Alamat

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya

No. Telefon

0388709200

No. Faks

0388709500

Perkhidmatan

Selamat Datang, Welcome