INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Ikuti kami di sosial media:

VISI

Untuk Menjadi Institusi Utama Kefahaman Islam Bertaraf Antarabangsa

MISI

1. Menjalankan penyelidikan yang bermanfaat besar dalam disiplin ilmu terpilih dengan menggunakan pelbagai kepakaran, sumber serta jaringan kerjasama bagi menghasilkan produk ilmiah melalui gerak kerja sistematik;
2. Memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan pelbagai hasil ilmiah dengan memanfaatkan kepakaran, pengurusan sumber yang berkesan dan rangkaian kerjasama strategik;
3. Memberi khidmat nasihat dan perundingan yang bermutu dan berkesan kepada pemegang taruh melalui penggemblengan kepakaran, sistem, rangkaian kerjasama dan sumber secara optimum.

FUNGSI

1. Menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah;
2. Menghasilkan bahan penerbitan, termasuk buku, majalah dan jurnal untuk bacaan umum dan golongan sasar;
3. Menganjurkan persidangan, seminar dan forum, perbincangan dalam mempelbagaikan percambahan fikiran bagi mencari penyelesaian perkara-perkara tertentu;
4. Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan luar negara dalam menjalankan program-program bagi manfaat bersama. Menyelaraskan kegiatan NGO Islam dan rakan strategik dalam memasyarakatkan dakwah; dan
5. Menggalakkan masyarakat berlumba-lumba membuat kebaikan dengan memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam melalui kegiatan dakwah dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan.

Maklumat Alamat

No 12, Langgak Tunku, off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur

No. Telefon

0362046200

No. Faks

0362011951

Perkhidmatan

No results found.

Selamat Datang, Welcome