Alhamdulillah dengan berkat usaha warga kerja serta keprihatinan dan kesedaran pembayar zakat, PPZ-MAIWP telah menerima pembayaran zakat pada tahun 2023 sebanyak RM1,036 Billion iaitu peningkatan sebanyak 11% berbanding kutipan pada tahun 2022.

Sehingga Disember 2023, MAIWP telah mengagihkan lebih RM952 juta dana zakat kepada 8 golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan dalam bentuk Skim-skim Bantuan Zakat, Al-Wakalah, Institusi Pendidikan dan Kebajikan, Prasarana Umat Islam, Perbelanjaan Penyelanggaraan Prasarana dan Amil di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Berdasarkan jumlah agihan tersebut, MAIWP telah berjaya mengagihkan sebanyak 93% daripada jumlah kutipan yang diterima.

MAIWP telah berjaya berjaya mengurangkan peratusan kemiskinan tegar sehingga hanya 8% sahaja baki yang masih perlu dibantu dengan meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Pusat Pungutan Zakat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

#MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah

Selamat Datang, Welcome