Majlis Malam Cinta Rasul SAW

Alhamdulillah, Majlis Malam Cinta Rasul SAW yang julung kali diadakan sempena Maulidur Rasul SAW telah berjaya dianjurkan semalam di Dataran Putra, Putrajaya.
Anggaran seramai 50 ribu hadirin membanjiri Dataran Putra mendengar menekuni Tausiyah yang disampaikan Ashabus Samahah Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang, Timbalan Mufti Sabah dan Tuan Habib Ali Zainal Abidin.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri juga telah hadir menyampaikan ucapan kepada semua hadirin dalam majlis yang amat bermakna ini.
Semoga kita semua terus menjadi umat yang meneruskan dakwah dan akhlak Baginda Rasulullah SAW.

Selamat Datang, Welcome