Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024)

Pagi tadi mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir ke Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024).
Dalam ucaptamanya, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa walaupun berlainan agensi, namun dalam konteks halal kita perlu ada kebersamaan dalam membawa jenama Halal Malaysia ke dunia.
Kerana itulah saya selalu berpesan kepada agensi agama di bawah saya untuk sama-sama bersinergi agar kita dapat memantapkan lagi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Tahniah JAKIM bersama semua rakan strategik kerana telah menggerakkan agenda penyelarasan dan penambahbaikan dalam pengurusan pensjilan halal Malaysia.

Selamat Datang, Welcome