Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri

Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Semoga YAB Dato’ Seri dipanjangkan umur, segala urusan dimudahkan dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Kami juga mendoakan agar YAB Dato’ Seri dikurniakan keafiatan dan kesihatan yang baik untuk terus mengemudi rakyat Malaysia dalam […]

Ucapan syabas dan tahniah kepada Lee Zii Jia

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Lee Zii Jia di atas kejayaan meraih pingat gangsa kedua buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. Moga kemenangan ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet negara untuk meraih kejayaan mengharumkan nama Malaysia.

Ucapan syabas dan tahniah kepada pasukan beregu lelaki badminton negara

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan beregu lelaki badminton negara, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia di atas kejayaan meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. Ia amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Moga Malaysia terus melahirkan atlet berwibawa dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Ucapan salam takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Muhammad Ikram bin Imran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Muhammad Ikram bin Imran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM yang telah kembali ke rahmatullah. Almarhum seorang pegawai JAKIM yang sedang berkhidmat di Hospital Sarikei, Sarawak. […]

Ucapan Takziah kepada Almarhumah Dr Hazlin binti Kadir

Marilah bersama-sama kita mendoakan agar Allah Subhanahu Wataala mengampuni dan merahmati Almarhumah Dr Hazlin binti Kadir yang telah kembali ke rahmatullah. Almarhumah Dr Hazlin adalah seorang pegawai JAKIM yang banyak menyumbang bakti kepada pentadbiran hal ehwal Islam. Semoga segala jasa baktinya kepada pengurusan hal ehwal Islam dicatat sebagai amalan ibadah disisi-Nya. Mewakili seluruh warga Jabatan […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KURSUS DAKWAH HARMONI ANJURAN GLOBAL UNITY NETWORK UNITY (UNITY)

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat kesal dengan tohmahan oleh seorang ahli politik yang mendakwa Kursus Dakwah Harmoni anjuran Global Unity Network Unity (UNITY) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengundang ancaman terhadap akidah anak bangsa. 2.​ Dakwaan tersebut adalah satu lagi bentuk tohmahan yang tidak bersandarkan fakta sebenar. Ia hanyalah bertujuan […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT JENAZAH GHAIB KE ATAS ALMARHUM ISMAIL HANIYEH

1. ​Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa amat dukacita atas laporan berita akan pemergian ke rahmatullah Almarhum Ismail Haniyeh. 2.​ Sesungguhnya Almarhum adalah seorang pemimpin rakyat Palestin telah memberikan sumbangan bakti dan jasa kepada tindakan serta usaha mempertahankan tanah Palestin dan juga hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini. Semoga […]

Ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah. Almarhum adalah seorang tokoh yang teguh dan kental jiwanya memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin. Semoga segala jasanya dicatat sebagai amal-amal soleh. Semoga Allah mengampuni […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SOKONGAN PENUH KEPADA KENYATAAN RASMI AL-AZHAR AL-SHARIF

1. ​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh kenyataan rasmi Al-Azhar Al-Sharif pada 28 Julai 2024 yang mengecam sekeras-kerasnya adegan-adegan yang dipaparkan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 Paris kerana telah menonjolkan unsur-unsur keterlaluan yang memperlecehkan kenabian yang suci dan agong atas nama kebebasan berkarya dan mencipta. 2.​ Upacara pembukaan Sukan Olimpik yang diadakan […]

Selamat Datang, Welcome