KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT HAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN MISI YAB PERDANA MENTERI KE SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR DI RIYADH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas ketegasan untuk membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi. 2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyarankan […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGANJURAN MAJLIS SAMA’ HADIS SAHIH AL-BUKHARI ANTARABANGSA 2024

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024. Program ini adalah antara usaha Kerajaan Madani untuk menjunjung tinggi syiar agama Islam dan memperkukuh penghayatan ilmu dalam masyarakat. 2. Program ini akan berlangsung dari 10 hingga 21 November 2024 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Ia dianjurkan oleh agensi-agensi […]

Ucapan tahniah Ketua Pengarah JAKIM dan warga JAKIM atas pengiktirafan anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2023

Tahniah saya ucapkan kepada YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dan warga JAKIM atas pengiktirafan anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2023. Ini adalah kerana usaha JAKIM memperkenalkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan untuk Masjid dan Surau di seluruh Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. […]

Ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas pengurniaan watikah pelantikan sebagai Profesor Diraja

Saya mewakili seluruh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas pengurniaan watikah pelantikan sebagai Profesor Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan satu nama besar di Malaysia […]

Ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Almarhum telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan institusi perbankan Islam di Malaysia. Semoga segala jasa bakti Almarhum dicatat sebagai amal soleh. Semoga Allah mengampuni dan […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YAHYA SINWAR

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatullah Yahya Sinwar, tokoh pejuang Palestin. 2. Sesungguhnya semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia. Semoga semua amalannya dicatat sebagai amal soleh. 3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN BELANJAWAN 2025: PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM TUNJANG MALAYSIA MADANI

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025: Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat. 2. Sesungguhnya, Kerajaan Madani di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri amat komited dengan usaha-usaha pembangunan syiar […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN DAKWAAN BAHAWA RANG UNDANG-UNDANG MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2024 (RUU MUFTI) DIGUBAL SECARA TERGESA-GESA

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menafikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa RUU Mufti ini digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu. 2. Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan Hukum […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TERHADAP RUU MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 2024)

1. Dakwaan penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar. Hakikatnya, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5). 2. Sebagai contoh, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah […]

Selamat Datang, Welcome