Majlis Malam Cinta Rasul SAW

Alhamdulillah, Majlis Malam Cinta Rasul SAW yang julung kali diadakan sempena Maulidur Rasul SAW telah berjaya dianjurkan semalam di Dataran Putra, Putrajaya. Anggaran seramai 50 ribu hadirin membanjiri Dataran Putra mendengar menekuni Tausiyah yang disampaikan Ashabus Samahah Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang, Timbalan Mufti Sabah dan Tuan Habib Ali Zainal Abidin. YAB Dato’ Seri Dr. […]
Majlis Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

“Potensi anak-anak pelajar Sekolah Menengah Agama akan terus dilentur dan dibentuk kerana mereka adalah pewaris negara” itu antara intipati ucapan saya dalam Majlis Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 202 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bharu. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan […]
Majlis Himpunan 24K Huffaz

Sekitar Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan pada semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Majlis Himpunan 24K Huffaz mengumpulkan lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara antaranya pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 madrasah tahfiz al-Quran yang […]
Majlis Menandatangani MOU Persefahaman Kerjasama Strategik Antara MAIWP & AKPK

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus meneroka usaha untuk membantu para asnaf. Kali ini MAIWP berkolaborasi dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani MOU Persefahaman Kerjasama Strategik Antara MAIWP & AKPK. Ini merupakan inisiatif Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP untuk membantu golongan dalam […]
Sidang Media Rancangan “Angeline Tanya, Abang Jawab” TV Alhijrah

Alhamdulillah, TV Alhijrah terus mengorak langkah, menerbitkan rancangan baharu untuk berrkongsi ilmu kefahaman Islam dengan golongan mualaf. Rancangan “Angeline Tanya, Abang Jawab” dijayakan oleh dua watak utama Saudara Sabri Yunus dan isteri beliau Angeline Tan. Saya pernah berjumpa dengan pasangan Sabri Yunus dan Angeline Tan di TV Alhijrah pada 30 April 2024 yang lalu. Ketika […]
Program Perhimpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Peringkat Negeri Selangor

Tengahari tadi saya hadir ke Masjid Kg. Uda yang terletak di Klang untuk Program Perhimpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) Peringkat Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan program bimbingan haji ke arah pembentukan graduan hujjaj yang soleh dan musleh serta menyumbang kepada kebaikan individu, masyarakat dan negara. Moga dengan program HISHAJ ini dapat melahirkan graduan hujjaj […]
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM meneruskan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) untuk membantu para pelajar yang menghafal Al-Quran. Alhamdulillah pagi tadi saya menyampaikan amanat kepada pelajar huffaz tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jakim 2024. Tahun ini seramai 82 pelajar yang menerima pembiayaan dari skim ini. Mereka ini akan menyambung pengajian di peringkat […]
International Conference Family Law (ICFL 2024) bertemakan “Empowerment of Child Maintenance”

Petang tadi menghadiri International Conference Family Law (ICFL 2024) bertemakan “Empowerment of Child Maintenance”. Saya amat terharu apabila persidangan ini yang dimulakan pada tahun 2022 ketika saya masih memegang jawatan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM diteruskan sehingga hari ini. Inilah platform yang amat sesuai untuk kita menimba ilmu baharu terutamanya dalam bab perundangan […]
Sesi libat urus pembentangan belanjawan 2025 bersama Kementerian Kewangan

Pagi ini saya ke Kementerian Kewangan bersama agensi di bawah saya untuk sesi libat urus membentangkan inisiatif utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk Belanjawan 2025. Doakan agar urusan kita semua dipermudahkan.
Kayuhan Peduli MAIPs

Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Kayuhan Peduli MAIPs bersama Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Sambil berbasikal, telah disampaikan bantuan daripada agensi agama kepada 3 buah rumah asnaf. Moga Allah mengurniakan keafiatan […]